Apakah itu Pembayaran Interim untuk i-Sinar Kategori 2?

Dibawah Program i-Sinar, mereka yang memohon dibawah Kategori 2 akan diberi akses kepada simpanan Akaun 1, setelah dokumen relevan diserahkan kepada KWSP. Selepas pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat peningkatan kes COVID-19, dan akibat bencana banjir di beberapa negeri, Pembayaran Interim i-Sinar Kategori 2 ini menyediakan bantuan kewangan jangka pendek yang pantas, sehingga RM1,000 untuk pemohon sementara permohonan mereka disahkan oleh KWSP.

Siapakah yang layak untuk memohon Pembayaran Interim untuk i-Sinar Kategori 2?

  • Ahli KWSP yang memohon i-Sinar Kategori 2 akan layak untuk Pembayaran Interim i-Sinar sehingga RM1,000.
  • Amaun ini akan ditolak daripada pembayaran pertama selepas dokumen berkenaan yang diserahkan semasa permohonan i-Sinar Kategori 2 telah disahkan.
Nota: Ahli yang layak dibawah Kategori 1 akan diluluskan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan tidak perlu menyertakan dokumen sokongan bersama permohonan. Oleh itu, penerima Kategori 1 tidak layak untuk Pembayaran Interim i-Sinar. Ini keana saluran dana sepenuhnya akan diproses tanpa proses pengesahan tambahan.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Pembayaran Interim untuk i-Sinar Kategori 2?

  • Semasa proses permohonan i-Sinar Kategori 2, pemohon perlu membuat pengisytiharan kendiri serta memuat naik dokumen sokongan di Laman Web i-Sinar.
  • Selepas ahli berjaya memuat naik semua dokumen sokongan dan selesai proses pengisytiharan kendiri, Pembayaran Interim akan disalur ke akaun bank pemohon sementara pemohon menuggu permohonan mereka diluluskan oleh KWSP.
  • Ahli akan menerima baki i-Sinar selepas menerima kelulusan.
  • Ahli boleh memohon untuk bantuan i-Sinar melalui Laman Web i-Sinar.
  • Untuk maklumat lanjut, ahli boleh mengunjungi Soalan Lazim i-Sinar.