
"I believe the resourcefulness, tenacity and resilience inherent in our true Malaysian spirit will serve us well in facing this great adversity."
Perdana Menteri Malaysia
1. Melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19
Penambahan Bekalan Barisan Hadapan
Dana tambahan dan penyediaan peruntukan yang tertumpu kepada bekalan seperti tambahan reagen dan kit saringan, serta peralatan PPE terutama kepada petugas kesihatan.
Pelaksanaan Program Vaksinasi Covid-19
Perolehan bekalan pertama Vaksin Covid-19 dijangka seawal Februari 2021 dan program vaksinasi dijangka berjalan secara berperingkat selama dua belas (12) bulan untuk 27 juta Rakyat Malaysia
2. Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara
Penambahan Anggota Kesihatan
Tambahan kakitangan yang terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat. Lebih daripada 3,500 anggota kesihatan tambahan akan mula bertugas pada hujung bulan Januari.
Sokongan Barisan Hadapan
- Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun 2021
- Bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 dan RM200 oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan petugas barisan hadapan yang lain akan diteruskan sehingga wabak COVID-19 berakhir.
3. Meningkatkan Kerjasama dengan Hospital Swasta
Rawatan Pesakit Covid-19 oleh Hospital Swasta
Penggunaan kapasiti hospital swasta untuk rawatan pesakit COVID-19 dan juga bukan COVID-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam.
4. Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
Memperkukuh Saringan Kesihatan dan SOP
- Semua majikan disarankan untuk memperketatkan amalan SOP, menambah baik penginapan dan kawalan pergerakan pekerja asing serta meningkatkan saringan COVID-19.
- PERKESO akan menanggung kos saringan COVID-19 untuk pekerja asing di zon-zon merah.
- Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan kesihatan kini meliputi kos saringan.
5. Mempercepatkan Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Bantuan Langsung Dipercepatkan
- Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Fasa 2 dipercepatkan bermula 21 Januari.
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 dipercepatkan melibatkan penerimaan sebanyak RM300 untuk golongan isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah dan penerimaan RM150 untuk kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan.
6. Memperkukuh Program Kebajikan
Meningkatkan Kadar Bantuan JKM
Peningkatan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuat kuasa mulai Januari 2021.
Program Bakul Makanan
Program bakul makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 sebakul bagi setiap isi rumah yang layak.
Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC & GLIC
Program GLC/GLIC Disaster Relief Network sebagai geran padanan untuk bantuan komuniti dan inisiatif sosial.
Potongan Cukai untuk Perderma
Tawaran insentif potongan cukai kepada penderma yang menyumbang wang tunai ataupun barangan serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak COVID-19.
7. Meneruskan Tempoh Moratorium dan Pengurangan Ansuran Pinjaman
Lanjutan Moratorium & Pengurangan Ansuran Pinjaman
Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank kepada peminjam yang terjejas.
8. Menambah baik Program i-Sinar KWSP
Penambahanbaikan Program i-Sinar KWSP
Pembayaran interim sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2, bermula mulai 26 Januari, melalui pengisytiharan secara kendiri dalam talian.
Ketahui Lebih Lanjut
9. Melanjutkan Tempoh Pelepasan Cukai Khas Ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet
Pelepasan Cukai Khas
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 untuk pembelian telefon bimbit, tablet dan komputer dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
10. Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma
Pelanjutan Tempoh Capaian Internet Percuma
Pemberian data 1 Gigabit secara percuma dilanjutkan sehingga 30 April 2021.
Pakej Telekomunikasi Khas
Pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi, sehingga hujung April 2021.
11. Melanjutkan Tempoh Pengecualian Cukai Jualan ke atas Kenderaan Penumpang
Pelanjutan Tempoh Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Penumpang CKD & CBU
Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.
12. Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN
Moratorium & Kemudahan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
Moratorium & Kemudahan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan untuk peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, sehingga 31 Mac 2021.
13. Menambah baik Program Subsidi Upah
Program Subsidi Upah (PSU 3.0)
Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 diperluas kepada semua majikan yang beroperasi dalam PKP, tanpa mengambil kira sektor. Had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja. Setiap pekerja yang bergaji kurang daripada RM4,000 akan mendapat subsidi upah sebanyak RM600 di bawah program ini.
Sistem Insurans Pekerjaan Prihatin
Kelonggaran syarat permohonan bagi Program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PRIHATIN. Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum, atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya 3 kali, sekarang dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30% daripada gaji mereka selama 3 bulan.
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO
Pembiayaan caruman penuh bagi delivery riders di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.
14. Meneruskan Geran Khas Prihatin
Geran Khas PRIHATIN PERMAI
Bantuan Geran Khas PRIHATIN PERMAI (GKP PERMAI) kepada PKS di negeri-negeri PKP, dengan bayaran RM1,000. PKS di negeri-negeri lain akan layak menerima RM500.
15. Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas
Bantuan One-Off RM500 Pemandu E-Hailing, Teksi dan Bas
Bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
Kelonggaran Pengecualian Duti Eksais & Cukai Jualan Teksi
Syarat pengecualian duti eksais dan cukai jualan ke atas kenderaan teksi dimiliki bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dikurangkan dari 7 tahun kepada 5 tahun.
16. Mempercepatkan Pelaksanaan Skim Mikrokredit
Skim Mikrokredit
Mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit, merangkumi pinjaman mudah oleh BSN (RM390 juta) , Agrobank (RM350 juta), TEKUN (RM295 juta).
17. Menyokong dan Merancakkan Perniagaan Dalam Talian
Kempen e-Dagang PKS & Shop Malaysia Online
Mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan Mikro dan kempen Shop Malaysia Online. Melalui kempen ini, usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual-beli secara dalam talian.
Ketahui Lebih Lanjut:
18. Menambah Baik Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin
Penambahbaikan Skim Jaminan Prihatin Danajamin
Kebenaran syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75%
- Peningkatan pembiayaan maksimum dari RM500 juta kepada RM1 bilion
- Peluasan skop pembiayaan kepada perbelanjaan modal kerja dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun; dan
- Kebenaran syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75%.
19. Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium
Penjadualan Semula Pembiayaan Perniagaan MARA
Penerusan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, di mana peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021. Usahawan MARA yang terkesan akibat PKP COVID-19 dan bencana banjir layak untuk program ini. Selain itu, diskaun 30% akan diberi keatas Sewaan Premis Perniagaan MARA sehingga April 2021.
Potongan Cukai Khas
Peluasan potongan sewa premis perniagaan sekurang-kurangnya 30% kepada syarikat PKS dan bukan PKS sehingga 30 Jun 2021.
Pengecualian Levi Majikan HRDF
Pengecualian Levi Majikan HRDF bagi syarikat tidak beroperasi semasa PKP dan PKPB
20. Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik
Sokongan Bil Elektrik
Diskaun 10% sehingga Mac 2021 bagi 6 sektor terkesan; iaitu pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan, agensi pengembaraan dan pelancongan. Selain itu, penuran bil elektrik sehingga 9% dari Januari - Jun 2021 akan diberikan kepada semua pengguna.
21. Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi
Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas Dan Teksi
Dibawah Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi, 50% jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan. Dengan itu, pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka, serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.
22. Menambahbaik Akta Langkah-Langkah Sementara
Menambahbaik Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020
Pelanjutan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan pelaksanaan obligasi kontraktual sehingga 31 Mac 2021. Ini meliputi perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan.