Pendidikan Dan Latihan

Tingkatkan peratus bayaran penuh ptptn dari 20% kepada 30%-50% dan kekalkan pemohonan tolak kwsp untuk membuat bayaran balik ptptn.
0

Pendidikan Dan Latihan

Mohon Kerajaan untuk meneruskan Rancangan Biasiswa MyBrain untuk pelajar-pelajar Sarjana (Masters) dan juga PhD. Pelajar-pelajar amat memerlukan bantuan biasiswa tersebut untuk membayar yuran pengajian dan seterusnya menyumbang kepada pembanguan negara dalam bidang penyelidikan dan sains dan teknologi.
2

Pendidikan Dan Latihan

Mohon Kerajaan untuk meneruskan Rancangan Biasiswa MyBrain untuk pelajar-pelajar Sarjana (Masters) dan juga PhD. Pelajar-pelajar amat memerlukan bantuan biasiswa tersebut untuk membayar yuran pengajian dan seterusnya menyumbang kepada pembanguan negara dalam bidang penyelidikan dan sains dan teknologi.
0

Akses Kepada Pembiayaan

MINTA KERAJAAN DAN BNM PERTIMBANGKAN SEMULA TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN PERIBADI PENJAWAT AWAM DARI 10 TAHUN KE 20 TAHUN SEMULA.BANTULAH RAKYAT TANPA MENGELUARKAN MODAL KERAJAAN PUN . BIARLAH KAMI PENJAWAT AWAM BERHUTANG DALAM KEADAAN EKONOMI SEKARANG NI. PERTIMBANGKANLAH..
0

Perumahan, Infrastruktur Dan Keselamatan Awam

1. Had pemilikan 2 rumah untuk seorang. Rumah kedua perlulah lebih mahal dari rumah pertama dan pemilikan tidak kurang dari 10 tahun jika hendak menjualnya. 2. Mengurangkan harga rumah sebanyak 30%. Bahan mentah untuk pembinaan dimonopoli oleh orang2 tertentu menyebabkan harga rumah mahal. 3. Jalan raya perlulah diselia dan diturap semula setiap minima 5 tahun & maksima 10 tahun sekali. 4. Semua lampu isyarat diletakkan kamera pengawasan agar perlanggaran lampu isyarat merah tidak berlaku. 5. Disediakan laluan khas untuk basikal dan motosikal di jalan utama.
0

Reformasi Sektor Awam

1. Pegawai berjawatan Gred 52 ke atas perlulah bertukar bahagian @ organisasi (rotation) setiap 5 ke 10 tahun untuk mengelak rasuah dan salah laku. 2. Pemilihan penjawat awam baru perlulah diberi keutamaan kepada pegawai sambilan dan kontrak. 3.Pegawai sambilan dan kontrak perlu dinaikkan gaji tahunan selaras dengan pekerja kontrak tapi maksimum bulanan tidak melebihi 1/2 dari gaji pokok. 4. Saluran khas untuk aduan bagi kes penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa.
1

Penjagaan Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat

A- Pelepasan Cukai: 1) Pembelian basikal dan alatan gymnasium untuk kegunaan peribadi maksimum RM500.00 2) Insuran hayat diasingkan dari KWSP dan maksimum boleh tuntut RM3000.00 setahun termasuk isteri dan anak-anak. 3) Insuran pendidikan dan perubatan dinaikkan kepada RM4000.00 setahun. B- Insuran perubatan - perlu termasuk bagi kes-kes keguguran disebabkan kesihatan dan bukannya disengajakan atau atas keinginan sendiri.
0

Reformasi Sektor Awam

1. Kerajaan perlu melihat semula pelantikan Gred 18 dan ke bawah. Boleh diselaraskan ke Gred 19 dan fungsi tugas penjawat awam tersebut boleh dipelbagaikan. Contohnya tugas Pembantu Awam adalah untuk menghantar surat, membuat salinan dan kerja-kerja pentadbiran yang lain. Pada masa kini kaedah penghantaran surat adalah melalui emel, faks dan sebagainya. Dengan penambahbaikkan skim, gaji dapat dinaikkan dan mengurangkan kos sara hidup kepada golongan tersebut. 2. Pelantikan pemandu kenderaan di sektor awam. Pemandu akan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Contohnya apabila seorang individu dilantik pada usia 21 dan ditempatkan di kementerian, individu tersebut akan berkhidmat selama 39 tahun. Pada usia 50 an dikhuatiri individu tersebut tidak dapat melaksanakan tugasan sebagai pemandu merujuk kemerosotan kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya individu tersebut diberikan tugasan-tugasan ringan dan ini menyebabkan sumber manusia tidak digunakan dengan optimum. Perlu ada mekanisam dari pihak kerajaan untuk menilai keperluan penjawat awam berdasarkan tugasan hakiki. 3. Kerajaan perlu menilai semula semua skim-skim perkhidmatan yang ada pada masa kini. Terlalu banyak skim perkhidmatan dan banyak berlaku pertindihan tugas melibatkan fungsi-fungsi kementerian, jabatan serta agensi. Dengan menilai semula serta menggabungkan skim-skim tertentu akan dapat menguruangkan perbelanjaan kerajaan. 4. Kerajaan perlu menilai semula umur persaraan bagi penjawat awam yang tidak lagi berminat untuk bekerja pada tempoh 2 ke 3 tahun untuk bersara wajib. Mungkin boleh dicadangkan agar penjawat awam yang berhasrat untuk bersara awal diberikan kemudahan tersebut dengan memberikan emolumen seolah-olah individu tersebut berkhidmat sehingga 60 tahun. Untuk makluman wujud sebilangan kecil penjawat awam terpaksa terus berkhidmat walaupun sudah tidak berminat tetapi memandangkan komitmen semasa memerlukan individu tersebut bekerja. Apabila individu memasuki mood untuk bersara wajib, banyak tugas dilaksanakan dengan tidak sepenuh hati dan tugasan tersebut dipindahkan kepada individu-individu lain. 5. Kerajaan perlu sediakan ruang kemajuan kerjaya untuk semua penjawat awam. Agensi pusat perlu mempunyai pelan laluan kerjaya kepada semua penjawat awam yang dilantik. Dalam proses pemberian kenaikkan pangkat, proses tersebut perlu dilakukan dengan telus dan kenaikkan pangkat diberikan berdasarkan merit. 6. Kerajaan perlu sediakan latihan dan kursus-kursus secara berkala kepada semua penjawat awam. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran supaya tugasan yang diamanahkan dapat disempurnakan. 7. Kerajaan perlu menaikkan semula imej dan moral penjawat awam pada masa kini. Dengan perubahan kerajaan, penjawat awam yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan. 8. Sekiranya peruntukan kewangan negara mencukupi, dicadangkan agar pemberian elaun khas kepada penjawat awam yang berkhidmat di bandar-bandar besar. Pada masa kini elaun kritikal diberikan kepada penjawat awam yang bertugas dikawsan pedalaman. Dicadangkan agar elaun ini dipanjangkan kepada penjawat awam yang bertugas di kawasan bandar. Kos sara hidup yang semakin tinggi dikawasan bandar. 9. Kerajaan perlu menilai semula semua pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang dikeluarkan pada tahun 80 an yang masih digunapakai sehingga ke hari ini. Berdasarkan peredaran semasa diharapkan agar semua arahan-arahan ini dikaji semula. 10. Wujud ketidak seragaman peraturan dikalangan penjawat awam. Contohnya apabila pegawai dinaikkan pangkat dan tempoh pemangkuan adalah selama setahun. Ada skim yang mengesahkan kenaikkan pangkat mulai tarikh memangku dan ada skim yang mengesahkan kenaikkan pangkat pada tarikh semasa. Wujud ketidakpuasan hati dikalangan penjawat awam akibat peraturan yang tidak seragam untuk semua.
2

Perumahan, Infrastruktur Dan Keselamatan Awam

Mewujudkan kategori harga rumah setara mengikut jenis dan kawansan. Mengelakkan harga rumah melambung tinggi dan kawalan harga serta mengalakkan orang membeli rumah.
0

Pendidikan Dan Latihan

Meneruskan dan menambah diskaun keatas penyelesaian penuh/bulan ptptn. Mengalakkan pemimjam membayar hutang PTPTN.
1

Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat

Mohon agar kerajaan meneliti pembinaan rumah murah untuk golongan OKU berdikari.
7

Perumahan, Infrastruktur Dan Keselamatan Awam

Meningkatkan sistem infrastruktur di Malaysia. Jika sistem infrastruktur telah meningkat hal ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara kita terutamanya Bandaraya Kuala Lumpur. Pada setiap hari waktu kerja dan waktu balik kerja, bandaraya akan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk. Jika penambahbaikan sistem infrastruktur kepada kawasan perumahan supaya mereka boleh meggunakan pengangkutan awam tersebut dan tidak lagi menggunakan kereta mereka. Hal ini juga boleh mengurangkan pencemaran udara di bandaraya. Contohnya, menjalankan projek LRT 3 dan MRT
0

Penjagaan Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat

Mengurangkan masa menunggu di klinik kesihatan kerajaan dan hospital awam. Ramai klinik kesihatan dan hospital awam mengalami kekurangan pakar doktor, hal ini menyebabkan orang ramai kena menggunakan masa yang banyak di hospital atau klinik (seperti setengah hari untuk menghabiskan hal-hal di klinik atau hospital)
1

Kos Sara Hidup

Saya mencadangkan menyemak semula Bantuan Kos Sara Hidup (BR1M). Pihak kerajaan tidak boleh membatalkan bantuan tersebut disebabkan kos sara hidup di negara kita masih tinggi, jika tidak ada bantuan tersebut kepada golongan orang miskin mereka mungkin mengalami peningkatan beban kos sara hidup mereka.
0

Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat

Saya disini mencadangkan minimum gaji ialah RM1600 bagi seluruh Malaysia dalam sektor swasta, disebabkan kos sara hidup kini meningkat daripada isu-isu lain seperti peralihan GST kepada SST. Hari ini, saya ke kedai untuk makan mee terdapat mee tersebut telah meningkat harga daripada RM6.00 kepada RM6.50, saya pun mengeliruh kenapa sudah tak ada GST harga mee masih meningkat sebanyak RM0.50. Pada zaman SST, dah ramai barang dikecualikan SST, masih ada peniaga meningkat harga makanan walaupun kedai tersebut tidak berdaftar sebagai peniaga SST.
0