Kos Sara Hidup

Mohon kerajaan baharu melaksanakan pemberian satu KGT untuk penjawat awam seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
0

Teknologi Dan Inovasi

Mohon Kementerian Komunikasi meletakkan syarat bahawa pihak Telco tidak meletakkan kuota internet untuk perkhidmatan jalur lebar gentian fiber yang dibekalkan kepada pengguna selepas penurunan harga baru-baru ini. Jika dilihat, TM masih meletakkan kuota 60GB untuk pakej termurah mereka iaitu RM 79, penggunaan kuota utk internet di rumah tidak lagi relevan di mata masyarakat ketika ini. diharap pihak kerajaan dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku lagi.
0

Akses Kepada Pembiayaan

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menaikkan semula tempoh pinjaman peribadi penjawat awam daripada 10 tahun ke 15 @ 20 tahun memandangkan ramai penjawat awam yang menggunakan pembiayaan peribadi untuk memenuhi keperluan perbelanjaan semasa. dengan pemanjangan tempoh, komitmen hutang bulanan kami dapat dikurangkan dan distruktur semula agar tidak terlalu membebankan. diharap pihak kerajaan prihatin dengan permasalahan ini dan dilaksanakan dengan segera. terima kasih
0

Peluang Pendapatan Dan Pekerjaan

untuk penjawat awam gred 19 gaji basic dinaikkan ke 1700 atau ke gred 29 . .kami perit duk dibandar dgn kos sara hidup melampau . . kau kerajaan baru tak boleh nak ubah, alamak nya 1 penggal jer la rakyat bagi untuk ada takbir tuk negara. . . trima kasih
0

Public Sector Reform

Kurangkan mesyuarat ataupun gunakan fasiliti seperti telekonferens untuk mesyuarat virtual supaya dapat menjimat duit rakyat.
9

Public Sector Reform

Berhentikan penghantaran pegawai ke luar negara untuk kursus (sarjana muda/sarjana/PhD). Kebanyakan kursus boleh diperolehi di universiti/ institusi tempatan. "Open learning system" yang dipraktikkan oleh pihak perubatan harus digunapakai oleh program lain seperti pergigian. Selain itu, pegawai yang menghadiri konferens luar nagara hanya patut di biayai jika memberi ceramah ataupun membentangkan hasil kajiselidik mereka.
13

Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat

Pelepasan cukai tambahan bagi rawatan perubatan ibubapa.
10

Reformasi Sektor Awam

Berikan insentif kepada pegawai yang membuat penyelidikan dan juga bagi mereka yang berjaya menerbitkan kajiselidik mereka di jurnal yang berimpak tinggi (bukan sebarang jurnal).
6

Alam Sekitar Dan Pembangunan Lestari

Memperkenalkan semula rebat untuk pembelian kereta hybrid / elektronik.
8

Reformasi Sektor Awam

Kenaikan pangkat harus berdasarkan kelayakan dan bukan senioriti.
7

Reformasi Sektor Awam

Doktor yang berkhidmat dengan kerajaan harus di tegah dari membuat lokum pada hari bekerja (selepas kerja) kerana boleh memberi kesan yang buruk terhadap perkhdimatan awam. Dicadangkan supaya doktor di beri 1 hari seminggu untuk membuat lokum
6

Reformasi Sektor Awam

Cikgu di sekolah kerajaan seharusnya dilarang dari memberi tuisyen kerana terdapat banyak kes di mana cikgu tidak memberi tumpuan sepenuhnya di sekolah kerana ingin fokus lebih kepada tuisyen lepas sekolah. Ada juga kes-kes di mana cikgu menggalakkan murid untuk mengikuti kelas tuisyen mereka jika ingin mendapat markah lebih tinggi. Tiada penguatkuasaan yang jelas.
9

Perumahan, Infrastruktur Dan Keselamatan Awam

Perkenalkan undang-undang untuk mengenakan denda / hukuman terhadap pemaju perumahan yang tidak menepati perjanjian dan tidak membayar LAD dengan sepenuhnya. Pemilik syarikat pembinaan perumahan yang tidak membayar LAD seharusnya disenaraihitamkan dan lesen pemaju harus di tarik balik.
6

Reformasi Sektor Awam

Pakar perubatan/pergigian yang tidak merawat pesakit (seperti pakar kesihatan awam perubatan/pergigian) tidak harus diberi elauk kepakaran klinikal kerana kebanyakan mereka hanya bekerja di pejabat dan bukan di klinik/hospital (seperti di Putrajaya dan Pejabat Kesihatan Negeri/Daerah). Jika diberi elaun, ia seharusnya bukan elaun pakar klinikal.
27

Keadilan Sosial Dan Pembangunan Seimbang

Please create a new tax bracket for those earning more than RM1 million annually and also increase the tax for large corporations.
0